PARLIMEN: Kerajaan tegas banteras ekonomi gelap

PARLIMEN: Kerajaan tegas banteras ekonomi gelap

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bertegas dalam membanteras ekonomi gelap termasuk membabitkan penyeludupan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai langkah diambil pihak berkuasa sejak dua tahun lalu, termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Antara tindakan itu di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Beberapa kelompok kartel, termasuk yang disebut ekonomi gelap seperti di Pelabuhan Klang yang menyebabkan penyeludupan tinggi itu terbiar selama puluhan tahun mengikut rekod tapi sekarang sudah diambil (tindakan).

“Bagaimanapun disebabkan sistem rosak dan bobrok ini agak sistemik, ia mengambil masa. Jadi, saya akan beri jaminan supaya kita dapat lapor ke Parlimen langkah-langkah yang diambil,” katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) meminta Perdana Menteri menyatakan langkah kerajaan dalam menangani masalah ekonomi hitam yang dikatakan semakin buruk di negara ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×