Rakan Akrab perkasa sistem sokongan rakan sekerja

Rakan Akrab perkasa sistem sokongan rakan sekerja

NAIB Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) , Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam bergambar bersama 30 ahli Program Rakan Akrab (Akrab) di Kuala Nerus, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Penubuhan Program Rakan Akrab (Akrab) dapat meningkatkan tahap kesejahteraan mental dan emosi warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang berkonsepkan rakan membantu rakan sebagai sistem soko­ngan awal di tempat kerja.

Penubuhan program itu menyaksikan seramai 30 kakitangan UniSZA ditauliahkan sebagai Rakan Akrab yang berperanan memberi sokongan, bimbingan dan bantuan awal kepada rakan sekerja merangkumi aspek emosi, psikologi serta kesejahteraan persekitaran kerja.

Pendaftar UniSZA, Muzafar Mohd. Din berkata, pelaksa­naan Program Akrab mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam membina budaya kerja yang harmoni, inklusif dan berdaya tahan sejajar dengan aspirasi perkhidmatan awam masa kini.

Katanya, program berkenaan diwujudkan sebagai medium perantaraan yang menggalakkan hubungan saling membantu dalam kalangan rakan sekerja di setiap Pusat Tanggungjawab.

“Program Akrab memboleh­kan pegawai berkongsi pe­ngalaman, meluahkan pe­ra­saan, mendapatkan bim­bingan serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam suasana yang lebih terbuka dan menyokong,” katanya di sini.

Menurut beliau, konsep Akrab yang berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing turut memberi penekanan kepada perkongsian ilmu pengetahuan, nilai-nilai murni, semangat kesukarelaan serta empati dalam kalangan ahli Akrab serta warga organisasi secara keseluruhan.

“Rakan Akrab juga berperanan sebagai ejen transformasi dalam perkhidmatan awam dengan menyokong perubahan positif, berkongsi pengalaman serta memotivasikan rakan sekerja .

“Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Rakan Akrab adalah sesi bimbingan secara individu, sesi bimbingan kelompok, pelaksanaan sari­ngan menggunakan alat ujian psikologi serta penganjuran program kaunseling,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×