Kerajaan Pas tak terjejas - Ahmad Samsuri - Utusan Malaysia

Kerajaan Pas tak terjejas – Ahmad Samsuri

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pentadbiran kerajaan Pas Terengganu dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (gambar) tidak terjejas dengan sebaran berita palsu berkaitan suasana politik di negeri ini.

Perkara itu dinyatakan Ahmad Samsuri kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini semalam.

“Tidak terjejas langsung dengan berita palsu,” kata Ahmad Samsuri.
Dalam pada itu, beliau menggesa portal berita yang menyiarkan berita palsu mengenai pentadbirannya supaya menghentikan sebaran berkaitan kerajaan negeri.
Katanya, adalah lebih baik portal berkenaan menumpukan kepada usaha mengajak rakyat mendaftar vaksin Co­vid-19.

Terdahulu, pagi semalam, Ahmad Samsuri dilapor menjalankan rutin mingguannya setiap Rabu menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mi­zan Zainal Abidin sebelum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Utusan Malaysia difahamkan pertemuan itu berjalan tenang dan dalam suasana gembira sekali gus menepis dakwaan segelintir pihak soal hubungan Ahmad Samsuri dengan istana.

Situasi itu dalam masa sama membayangkan kerajaan Pas Terengganu terus kukuh mentadbir negeri dan tidak timbul isu pertukaran Menteri Besar sebagaimana laporan portal berita berkenaan kelmarin.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×