Redah hutan, seberang sungai ke sekolah

Redah hutan, seberang sungai ke sekolah

G. JAYANESH (kiri) dan Yuugan menaiki bot penambang menyeberang Sungai Perak untuk pulang dari sekolah ke rumah mereka di sebuah estet di Teluk Intan, Perak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Demi menuntut ilmu, dua pelajar sekolah menengah di sini sanggup menempuh perjalanan sejauh 20 kilometer (km) setiap hari menggunakan pengangkutan darat dan air untuk ke sekolah.

G. Jayanesh, 14, dan G. Yuugan, 16, yang tinggal berjiran di Ladang Sebrang di sini meredah kawasan hutan dengan motosikal sebelum menaiki bot penambang menyeberangi Sungai Perak untuk ke sekolah SMK Saint Anthony.

Dua sekawan ini bangun seawal pukul 5 pagi dan mengambil masa kira-kira 30 minit meredah jalan berbatu di estet untuk sampai ke Jeti Kampung Cina.

Dari situ, mereka menunggu bot menyeberangi sungai dan tiba di Jeti Pokok Asam sebelum berjalan kaki ke sekolah.

Jayanesh berkata, perjalanan itu sudah menjadi rutin harian kerana rumah mereka terletak jauh dalam kawasan estet.

Katanya walaupun jarak ke sekolah tidak terlalu jauh, keadaan jalan yang berbatu dan keperluan menaiki bot menambah cabaran serta memakan masa lebih sejam untuk tiba.

“Biasanya kami bangun pukul 5 pagi untuk bersiap-siap ke sekolah. Selepas itu kami menaiki motosikal melalui jalan estet yang sunyi dan berbatu.

“Dari jeti, kami menyebera­ngi Sungai Perak menggunakan bot sebelum berjalan kaki ke sekolah,” kata mereka kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Pengusaha bot penambang, Muhammad Syafiq Mohd. Yasin, 36, berkata dia memulakan perkhidmatan seawal pukul 5 pagi bagi memastikan dua pelajar itu tiba tepat pada masanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×