Munoz puji karakter pemain pamer kebangkitan

Munoz puji karakter pemain pamer kebangkitan

Pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Antonio Glauder menanduk bola ke gawang Kuching City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, kelmarin. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menyifatkan kemasukan Manuel Hidalgo dan Yago Cesar pada awal babak kedua memberi tonik buat pasukan untuk mempamer kebangkitan apabila menang 2-1 ke atas Kuching City FC, kelmarin.

Munoz berkata, biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Natxo Insa dilayangkan kad merah, ia tidak merencat perancangan Harimau Selatan memberi tekanan dan ancaman kepada benteng pertahanan lawan.

Tambahnya, Hidalgo yang menjadi wira dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan FC, minggu lalu sekali lagi menyinar setelah gerakan lincahnya di membuka ruang kepada dua gol yang dihasilkan Nacho Mendez dan Bergson Da Silva.

“Biarpun ketinggalan satu gol di laman sendiri pada babak pertama, pemain memberi bertindak balas dengan positif apabila beraksi lebih baik pada babak kedua.

“Ketika di bilik persalinan, saya katakan kepada pemain supaya mempertingkat mobiliti serangan, lebih bijak membuat keputusan dan dalam masa sama mempamer corak permainan berkualiti.

“Walaupun pemain tampak bergelut, tetapi mereka berjaya mengatasi situasi sukar itu dengan positif, lebih penting mereka dapat kawal emosi sepanjang perlawanan tersebut,” ujarnya.

Pada perlawanan itu, Scott Woods meletakkan The Cats di hadapan pada babak pertama sebelum Nacho dan Bergson masing-masing menjaringkan satu gol untuk memberi kemenangan kepada Harimau Selatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×