Bangkit dari banjir, STB semangat sambut murid

Bangkit dari banjir, STB semangat sambut murid

GURU-GURU Sekolah Tengku Budriah (STB), Arau, menyambut kehadiran murid selepas sekolah itu berdepan kemusnahan akibat banjir. – UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Biarpun terjejas teruk ekoran banjir besar baru-baru ini, guru-guru di Sekolah Tengku Budriah (STB) tetap bersemangat menyambut kemasukan murid pada hari pertama sesi persekolahan di sini, semalam.

Seawal pukul 7 pagi, guru-guru menunggu di pintu pagar sekolah menyambut murid, khususnya Tahun Satu yang mula memasuki alam persekolahan.

Sesi ini menyaksikan seramai 157 murid Tahun Satu mendaftar di STB manakala keseluruhan murid sekolah tersebut seramai 1,007.

Memuatkan artikel berkaitan…

Guru Besar STB, Nor Zaitun Ibrahim berkata, hari pertama persekolahan berjalan lancar dan ibu bapa diberikan kebenaran menemani anak mereka yang masuk Tahun Satu.

Katanya sepanjang minggu ini, murid-murid akan terlibat dengan minggu didik hibur yang menampilkan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

“Kita menyambut kemasukan murid-murid seperti biasa, penuh semangat meskipun sekolah berdepan musibah banjir sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan banjir besar melanda negeri ini disifatkan terburuk sejak 15 tahun lalu, menyaksikan STB antara sekolah yang teruk terjejas de­ngan tahap kemusnahan sehingga 90 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN