Kualiti air faktor kejayaan ternakan udang Josfa

Kualiti air faktor kejayaan ternakan udang Josfa

MOHAMAD Dolmat (kanan) menunjukkan udang putih yang diternak di dalam tangki di Kolam Ternakan Udang Josfa, Jalan Sungai Sepanjang, Kampung Sungai Danga, Johor Bahru, Johor. –UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Faktor pengurusan kualiti air menjadi kunci kejayaan projek ternakan udang putih oleh Persatuan Nelayan Johor (Josfa) yang diusahakan menerusi sistem ternakan dalam tangki di Sungai Danga, di sini.

Pengerusi Josfa, Datuk Mo­hamad Dolmat berkata, pi­haknya sentiasa memastikan sumber air laut yang digunakan benar-benar bersih serta memenuhi keperluan ternakan termasuk kadar kemasinan yang sesuai dan bebas daripada unsur pencemaran.

Menurut beliau, kualiti air laut menjadi asas kepada keseluruhan sistem ternakan kerana ia mempengaruhi kadar tumbesaran dan peratusan hidup udang, selain berkait rapat dengan pemberian makanan.

“Makanan tidak boleh terlalu kurang atau terlalu berlebihan kerana lebihan makanan akan menjejaskan kualiti air. Semua ini perlu dipantau rapi kerana udang juga memerlukan kandungan mineral seperti kalsium dan magnesium untuk hidup dengan baik,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×