Lelaki simpan empat anak buaya tembaga ditahan

Lelaki simpan empat anak buaya tembaga ditahan

EMPAT ekor anak buaya tembaga yang dirampas daripada seorang individu dalam satu serbuan di Johor Bahru, Johor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan pantas pihak berkuasa berjaya membongkar aktiviti penyimpanan hidupan liar melibatkan empat ekor anak buaya tembaga bernilai RM240,000.

Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Senior Asisten Komisioner Rosli Md. Yusof berkata, pihaknya bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor telah melakukan serbuan di sekitar bandar raya ini, kelmarin.

Katanya, pemeriksaan mendapati anak buaya tembaga itu disimpan di dalam sebuah kotak polisterin yang diletak di bahagian but belakang sebuah kenderaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati haiwan tersebut disimpan tanpa sebarang permit atau kebenaran sah daripada pihak berkuasa berkaitan.

“Buaya tembaga yang ditemukan adalah spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Sehubungan itu, kami merampas haiwan tersebut bersama sebuah kenderaan dan sebuah telefon bimbit bernilai keseluruhan RM285,000,” katanya.

Tambah Rosli, suspek iaitu seorang lelaki tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara pihak Perhilan Johor melengkapkan kertas siasatan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×