Minimalis, tetapi bergaya - Utusan Malaysia

Minimalis, tetapi bergaya

Longines Silver Arrow.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penataan gaya seorang lelaki terletak jelas di pergelangan tangannya.

Ya, seutas jam tangan. Hilang segak lelaki andai mata menekan punat telefon pintar untuk melihat masa.

Seutas jam tangan terbaik sudah cukup melengkapi gaya jejaka.

Silver Arror daripada Longines ini sesuai untuk dirimu.

Penjaga masa bercirikan jam tangan 1950-an, dikendalikan oleh teknologi pembuatan jam tangan canggih.

Versi baru ini dilengkapi dengan jaminan selama lima tahun.

Longines Silver Arrow sulung dikeluarkan oleh kilang Longines pada tahun 1956.

Pada masa itu setiap koleksi jenama ini mempunyai lambang panah perak.

Ia sebetulnya adalah adalah simbol pesawat supersonik yang terbang melalui bintang.

Jam tangan versi baharu ini dilengkapi dengan sarung keluli berdiameter 38.50 mm yang mengandungi pergerakan mekanikal penggulungan sendiri dengan silikon spring bagi memastikan ketepatan dan peningkatan daya tahan terhadap magnet.

Dial pada jam tangan ini menyimpan kemewahan luar biasa dengan trek minit pada bahagian sisi dial.

Logo panah pada posisi jam 6, serta jarum dauphine yang dilapisi dengan SuperLumiNova untuk membolehkan angka dibaca dalam keadaan cahaya gelap. Segak bergaya buat jejaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×