Reformasi institusi tingkatkan daya saing Malaysia di peringkat global

Reformasi institusi tingkatkan daya saing Malaysia di peringkat global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan telah melaksanakan pelbagai reformasi institusi sepanjang tahun 2025 melalui pelbagai langkah nyata bagi meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, reformasi institusi yang telah dilaksanakan termasuk Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan yang menghadkan kuasa Menteri Kewangan.

Selain itu, katanya, dalam RUU tersebut, keputusan berkaitan perolehan menteri boleh dicabar dan dikaji semula secara bebas.

“Dalam masa yang sama, kecekapan perkhidmatan awam dipertingkat dan ketelusan audit kerajaan diperkuat. Reformasi ini mengunci integriti perbelanjaan awam, memendekkan proses pentadbiran dan menutup ruang ketirisan sejak peringkat awal.

“Hasilnya penyampaian perkhidmatan menjadi lebih pantas, pemantauan kewangan lebih telus, risiko rasuah dapat dikesan dan dicantas lebih awal, keyakinan pelabur dipulihkan serta daya saing Malaysia melonjak di peringkat global,” katanya dalam di Facebook beliau hari ini.

Dalam perkongsian sama, Perdana Menteri turut menampilkan tiga maklumat bergambar mengenai reformasi institusi yang dilaksanakan.

Dalam reformasi menyeluruh yang telah dilaksanakan turut merangkumi RUU Iltizam Kecekapan dan Perkhidmatan Kerajaan 2025 yang dapat mengurangkan kerenah birokrasi dan lebih pantas.

Selain itu, Akta Audit + Dashboard Nasional yang menyelesaikan sesuatu isu secara pantas dan lebih telus.

Beliau turut berkongsikan kesan reformasi institusi dilaksanakan yang menjadikan sistem lebih dipercayai dengan meningkatkan ketelusan sistemik, risiko rasuah menurun, penyampaian awam lebih cekap dan tadbir urus bertaraf global.

Kesan itu turut dijangka menyumbang kepada lonjakan daya saing Malaysia di peringkat global, kembali memberi keyakinan kepada pelabur, ekonomi lebih stabil dan berdaya saing serta meningkatkan keyakinan di kalangan rakyat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×