Tiga ADUN Pas Perlis perlu letak jawatan selaras lafaz bai'ah

Tiga ADUN Pas Perlis perlu letak jawatan selaras lafaz bai’ah

IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Perlis perlu meletakkan jawatan berdasarkan lafaz bai’ah yang dilafazkan sebelum dicalonkan parti untuk bertanding dalam pilihan raya lalu.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu dalam terkandung peruntukan berhubung kewajipan meletakkan jawatan sekiranya seseorang calon keluar atau dipecat daripada parti.

“Bahawa saya juga berbai’ah dan bersumpah ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ untuk meletakkan jawatan daripada menjadi Ahli Dewan Negeri atau Dewan Rakyat atau Dewan Negara apabila saya keluar atau dipecat daripada parti.

“Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini,” demikian petikan lafaz bai’ah berkenaan yang dikeluarkan Majlis Syura Ulama Pas kepada semua ahli Pas sebelum diumumkan sebagai calon parti tersebut.

Menurut Idris, bai’ah itu dilafazkan oleh semua calon Pas secara sukarela ketika mereka memilih untuk bertanding di atas tiket parti.

Jelasnya, ia dilafazkan secara sukarela dan penuh kesedaran tanpa sebarang paksaan dengan setiap calon memahami sepenuhnya ikrar yang dibuat.

“Calon Pas tidak perlu menandatangani perjanjian bersyarat seperti denda RM10 juta jika lompat parti atau seumpamanya. Cukuplah dengan lafaz bai’ah.

“Jika ada yang memilih untuk melanggarnya, itu adalah urusan dirinya dengan prinsip dan nilai yang diikrarkan,” katanya dalam Facebook beliau malam tadi.

Beliau turut menegaskan lafaz bai’ah itu adalah ikrar atau sumpah setia yang dilafazkan oleh calon atau pemimpin parti sebagai tanda komitmen kepada PAS, perjuangan Islam serta prinsip yang ditetapkan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan penamatan keahlian tiga ADUN Pas di Perlis iaitu ADUN Chuping, Saad Seman, Fakhrul Anwar Ismail (ADUN Bintong) dan Mohd. Ridzuan Hashim (ADUN Guar Sanji) berkuat kuasa serta merta.

Isu itu timbul susulan dakwaan tiga ADUN daripada Pas dan lima daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan akuan bersumpah (SD) yang menyatakan mereka tidak lagi menyokong kepemimpinan Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×