Chroma buat jatuh cinta

Chroma buat jatuh cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau cakap pasal beg yang buat orang berpaling dua kali, Chroma daripada Brïk memang tak pernah gagal.

Jenama tempatan bukan sekadar menjual beg, tapi menjual vibe.

Dan hujung tahun ini, Brïk menutup tirai dengan penuh gaya melalui Goodbye, Chroma Party, sebuah sambutan jualan akhir tahun yang memang terasa vibes.

Terus terang, kalau tak datang parti ini, memang rasa rugi sikit.

Bukan sebab jualan murah semata-mata, tapi sebab energy.

Ada selebriti, pempengaruh, kawan lama dan muka baru.

Semua berkumpul dengan satu benda sama di bahu atau tangan, Chroma.

Suasana yang intimate tetapi menyeronokkan, macam reunion keluarga besar yang kebetulan semua stylish.

Chroma ni memang ada signatur tersendiri. Rona warna yang berani, tapi tetap nampak elegan.

Kali ini, keluarga Chroma jadi lebih meriah bila pengasas sendiri turun padang memperkenalkan rekaan dan berkongsi cerita di sebalik jenama yang makin matang.

Saya rasa bangga melihat jenama lokal berdiri dengan identiti yang jelas dan yakin.

Dari segi fungsi, Chroma memang dibuat untuk praktikaliti.

Senang dan selesa untuk masukkan barang. Tangan pun tak terasa janggal bila beg di bahu. Strap boleh ditanggalkan, jadi boleh tukar gaya ikut mood.

Ada magnet untuk bukaan beg, lengkap dengan zip untuk rasa lebih selamat.

Dalam tu pula ada kompartmen, jadi tidak perlu selongkar beg cari lip balm atau kunci kereta.

Untuk yang suka statement, Upsize Chroma memang sesuai sebagai pilihan.

Saiz besar dengan rupa sleek dan moden, sesuai untuk gaya urban.

Bayangkan dipadankan dengan blazer longgar, seluar straight cut dan sneakers putih. Terus nampak effortless.

Bagi yang mahukan kelihatan feminin, Petite Chroma pula macam si baby dalam keluarga.

Kecil, comel tapi tetap structured dan sturdy.

Dengan shoulder yang kemas dan tali panjang yang boleh ditanggalkan, ia sesuai digayakan dengan dress ringkas, kebaya moden atau sekadar jeans dan baju t putih. Chic tanpa drama.

Dan untuk yang terlepas parti, jangan risau.

 

Bermula semalam, Brïk telah mengadakan jualan online untuk beg Chroma.

Anggap ini peluang terakhir untuk membeli warna kegemaran sebelum benar-benar ucap selamat tinggal.

Terima kasih Brïk kerana menutup tahun ini dengan warna, personaliti dan vibes tersendiri.

Beg yang praktikal bukan sekadar cantik, tapi buat kita rasa yakin bila melangkah keluar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN