Bayi usia 14 hari maut kesejukan di Gaza

Bayi usia 14 hari maut kesejukan di Gaza

EMAN melipat pakaian bayinya, Mohammed yang meninggal dunia akibat kesejukan di Gaza. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHAN YOUNIS: Seorang bayi lelaki berusia 14 hari meninggal dunia akibat kesejukan melampau ketika rakyat Gaza berdepan musim sejuk dan kehidupan serba daif sebagai pelarian.

Ibu bayi berkenaan, Eman Abu al-Khair, 34, berkata anaknya, Mohammed, meninggal dunia akibat hipotermia selepas gagal bertahan dengan suhu rendah di dalam khemah perlindungan sementara di kawasan al-Mawasi, barat Khan Younis, selepas keluarga itu dipindahkan dari rumah mereka yang musnah.

Menurut Eman, kejadian berlaku pada malam 13 Disember apabila suhu menurun mendadak dan hujan lebat melanda kawasan tersebut.

Tanpa perlindungan mencukupi dan pakaian sesuai untuk bayi yang baru lahir, Mohammed tidak mampu menahan kesejukan.

Dia menyedari keadaan bayinya semakin kritikal apabila mendapati tubuh Mohammed sejuk beku, anggota badan kaku dan pernafasannya lemah. Usaha untuk membawa bayi itu ke hospital pada waktu malam gagal berikutan ketiadaan pengangkutan dan cuaca buruk.

Keesokan paginya, keluarga itu dikejarkan ke Hospital Bulan Sabit Merah di Khan Younis menggunakan kenderaan ditarik haiwan. Namun, keadaan Mohammed sudah terlalu kritikal dan dimasukkan ke unit rawatan rapi sebelum meninggal dunia dua hari kemudian.

Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan kematian Mohammed akibat hipotermia akut, menjadikan jumlah kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kesejukan di Gaza kepada empat orang sepanjang bulan ini.

Pihak berkuasa kesihatan memberi amaran lebih banyak kematian boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak, warga emas dan pesakit jika keadaan khemah pelarian yang basah, sejuk dan sesak ini berterusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×