DBKL naik taraf jalan sekitar sekolah tingkat keselamatan murid

DBKL naik taraf jalan sekitar sekolah tingkat keselamatan murid

ANTARA anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terlibat melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan raya di sekitar kawasan sekolah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan raya di sekitar kawasan sekolah melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan raya di sekitar kawasan sekolah bagi mewujudkan persekitaran lebih selamat dan mesra pengguna untuk semua.

DBKL berkata, penambahbaikan infrastruktur yang dilaksanakan merangkumi penyediaan lintasan jalan lebih selamat, penaiktarafan laluan pejalan kaki serta pelaksanaan langkah memperlahankan trafik.

Katanya, lebih 10 buah sekolah di tiga zon utama iaitu Brickfields, Cochrane dan Bandar Tun Razak dikenal pasti terlibat dalam kerja-kerja menaik taraf berkenaan.

“Ia bertujuan mengurangkan kelajuan kenderaan dan meningkatkan tahap kebolehcapaian khususnya untuk kanak kanak dan golongan orang kurang upaya.

“Inisiatif ini menyokong matlamat kerajaan dalam menetapkan had kelajuan 30 kilometer sejam di kawasan sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut DBKL, usaha tersebut menggalakkan aktiviti berjalan kaki dan berbasikal melalui penyediaan jalan yang lebih selamat dan selesa selari dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar rendah karbon dan berdaya huni. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×