Natasha 'belum panas' tekad buru dua emas

Natasha ‘belum panas’ tekad buru dua emas

Natasha Mohamed Roslan meraih pingat perak dalam acara boling individu Sukan SEA 2025 di Bangkok, kelmarin. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet boling negara, Natasha Mohamed Roslan tekad meneruskan momentum cemerlangnya dalam acara beregu wanita dan berpasukan acara boling tenpin di Sukan SEA 2025.

Anak jati kelahiran Selangor itu menganggap pingat perak yang dirangkulnya dalam acara individu Wanita kelmarin sebagai pencapaian bermakna dalam karier apabila ia merupakan pingat individu pertama beliau di pentas dwitahunan itu.

Namun, atlet berusia 29 tahun itu tidak menafikan rasa kecewa kerana gagal meraih emas, sebaliknya memilih untuk menjadikan keputusan tersebut sebagai pembakar semangat menjelang dua acara terakhir iaitu berpasukan dan beregu wanita.

“Sudah tentu ada rasa sedih tidak dapat emas, tapi saya ambil ini sebagai satu pencapaian dan motivasi untuk terus tolak diri saya ke tahap lebih baik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Natasha mengakui perasaan bercampur-baur menyelubungi dirinya, namun tetap bersyukur dapat menyumbangkan pingat buat negara hasil kerja keras serta sokongan berterusan daripada jurulatih, rakan sepasukan dan seluruh pasukan sokongan.

“Pingat perak ini memang sangat bermakna sebab ini Sukan SEA pertama saya dapat medal individu.

“Alhamdulillah dapat sumbang pingat untuk negara hasil kerja keras dan sokongan semua,” katanya.

Natasha kini mengalihkan fokus sepenuhnya kepada acara beregu dan berpasukan, dengan sasaran jelas untuk memastikan kontinjen boling negara membawa pulang pingat.

“Untuk dua acara lepas ini, sasaran kami sentiasa berpasukan sebab kami nak semua dapat bawa balik pingat.

“Format satu permainan dalam matchplay menjadikan ia permainan sesiapa sahaja, tapi kami akan sentiasa cuba yang terbaik dan beri sepenuh komitmen,” katanya.

Kelmarin, Natasha terpaksa akur apabila tunduk kepada atlet dari Singapura, Charmaine Chang Yu Qian yang muncul muncul juara dengan 234 jatuhan pin untuk meraih pingat emas manakala Natasha menamatkan saingan di tempat kedua dengan 191 jatuhan pin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×