Jenama fesyen Jepun, Onitsuka Tiger berterusan mempersembahkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi.
Terkini, DENTIGRE STRAP, model sandal bertali pengikat dilancarkan susulan daripada pengenalan siri DENTIGRE yang muncul buat pertama kalinya dalam himpunan musim luruh dan dingin tahun lalu.
Model hibrid ini adalah kombinasi padanan gaya ringkas dan ringan bersama penampilan lasak, namun masih selesa di bahagian tapaknya.
Sebagai tambahan, logo Onitsuka Tiger ditonjolkan pada bahagian tali pengikat sebagai penghias.
Rekaan pengikat bercangkuk dan gelung yang ditampilkan bukan sahaja memudahkan pemakaiannya malah boleh dilaraskan mengikut kesesuaian padanan yang menyerlahkan lagi fungsinya.
Model OHBORI EX diperkenalkan dalam gaya musim lalu dan dua lagi model sandal ditambah untuk musim ini.
Koleksi OHBORI STRAP, model sandal bersama tali pengikat, dikemaskini dengan kusyen dan struktur fleksibel serta menampilkan logo jenama pada talinya.
Manakala model OHBORI SLIDER pula adalah model jenis sarung dengan kemasan pad kusyen di bahagian atasnya yang diilhamkan daripada model terdahulu, bersama dua tali yang boleh dilaras mengikut kesesuaian padanan.
Rekaan versatil ini memberikan impak elegan dan sofistikated, sekali gus menjadikannya padanan yang sesuai untuk pelbagai gaya.
Onitsuka Tiger sebuah jenama diperkenalkan pada 1949 oleh Kihachiro Onitsuka. Ia bermula dengan komitmen mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan golongan muda dan sejak itu Onitsuka Tiger Stripes sinonim dengan salah satu jenama sukan paling terkenal di dunia. Jenama lagenda ini terus hidup sehingga kini dalam paduan warisan Jepun dan gaya moden.
Dengan rekaan siluet klasik yang diperbaharui hinggalah ke gaya dan kolaborasi baru yang menyegarkan bersama kalangan artisan serta ahli budaya, semangat Jepun terus bergema di setiap koleksi baru kasut, pakaian dan aksesori Onitsuka Tiger.










