Pusat Perubatan Sunway perkenal pengimbas CT pengiraan foton pertama di Malaysia

Pusat Perubatan Sunway perkenal pengimbas CT pengiraan foton pertama di Malaysia

DZULKEFLY Ahmad dan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah (tiga, kiri) pada majlis memperkenalkan pengimpas CT pengiraan foton di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway di Petaling Jaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) mencipta sejarah dalam landskap penjagaan kesihatan negara apabila menjadi hospital pertama di Malaysia memperkenalkan pengimbas CT pengiraan foton, teknologi generasi baharu yang menetapkan penanda aras baharu dalam pengimejan perubatan.

Pengenalan teknologi berprestasi tinggi itu membolehkan pengimejan resolusi ultra tinggi bagi pelbagai disiplin klinikal termasuk kardiologi, neurologi, onkologi, muskuloskeletal, pediatrik dan pulmonologi, di samping mengurangkan pendedahan radiasi kepada pesakit.

Presiden Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway (SHG), Datuk Lau Beng Long berkata, pengenalan CT pengiraan foton pertama di Malaysia mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan itu untuk meningkatkan standard penjagaan kesihatan negara melalui inovasi.

“Teknologi ini memperkasakan pakar klinikal kami dengan alat diagnostik yang lebih tepat, menyokong keputusan klinikal yang lebih yakin serta meningkatkan keselesaan pesakit. Ia selari dengan misi kami untuk menyediakan penjagaan kesihatan bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia.

“Teknologi itu juga turut menawarkan imbasan yang lebih selamat dan selesa dengan dos radiasi yang lebih rendah, menjadikannya sesuai untuk kanak-kanak, warga emas serta pesakit yang memerlukan pemeriksaan berulang,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pengimbas berkenaan dibangunkan oleh Siemens Healthineers yang merupakan hasil penyelidikan selama beberapa tahun dalam teknologi pengesan CT pengiraan foton.

Pengarah Urusan Siemens Healthineers Malaysia, Siow Ai Li pula berkata, CT pengiraan foton mengubah landskap pengimejan diagnostik global dan membuka lembaran baharu dalam diagnostik tepat.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Pusat Perubatan Sunway untuk membawa teknologi ini ke Malaysia, sekali gus membantu pakar perubatan membuat keputusan rawatan dengan lebih cepat dan tepat,” katanya.

Katanya, sistem tersebut turut disokong dengan teknologi pengimejan spektrum canggih serta kecerdasan buatan (AI) seperti myExam Companion dan GO Technologies yang menjamin kualiti imej secara konsisten bagi setiap imbasan.

Selain itu, Pakar Perunding Kanan Radiologi Intervensi SMC, Dr. Adam Pany Abdullah turut menjelaskan, CT pengiraan foton secara asasnya mengubah keupayaan doktor dalam melihat dan menilai penyakit dengan lebih jelas.

“Resolusi ultra tinggi dan imbasan pantas pada dos rendah menjadikan pemeriksaan lebih selamat serta selesa, di samping meningkatkan aliran kerja dan keyakinan diagnostik dalam kalangan doktor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×