Jambatan Andaman Gurney mercu tanda baharu Pulau Pinang

Jambatan Andaman Gurney mercu tanda baharu Pulau Pinang

JAMBATAN Andaman Gurney yang dibuka secara rasmi semalam menjadi satu lagi mercu tanda pembangunan di Pulau Pinang. – UTUSAN/SAFINA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Jamba­tan Andaman Gurney yang dibuka secara rasmi semalam menjadi satu lagi mercu pembangunan di bahagian utara Pulau Pinang.

Ia juga sekali gus sebagai simbol langkah besar negeri ini menuju ke arah pembangunan yang lebih tersusun.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, jambatan tersebut merupa­kan komponen penting dalam menjayakan pem­bangunan Andaman yang merupakan projek perbandaran mega.

“Ini mungkin keliha­tan seperti jambatan sa­haja tetapi bagi Pulau Pinang ia mewakili sesuatu yang lebih besar.

“Ia adalah satu langkah ke hadapan dalam meningkatkan kesaling­hubungan, perancangan yang baik dan masa depan yang sedang kita bina bersama,” katanya selepas merasmikan pem­bukaan jambatan tersebut semalam.

Jambatan Andaman Gurney sepanjang 1.2 ki­lometer itu menjadi pintu masuk utama ke Pulau Andaman dan mengukuhkan jaringan mobiliti di persisiran utara Pulau Pinang.

Ia merupakan elemen ikonik terbaharu di Gurney Bay serta menampilkan laluan pejalan kaki selebar empat meter di kedua-dua sisi yang menyokong mobiliti bebas kereta dan aktiviti riadah tepi laut.

“Jambatan ini bukan dibina untuk menambah kesesakan sebaliknya mengurangkan tekanan trafik di koridor utara Pulau Pinang dengan menyediakan laluan alternatif bagi menghubungkan Gurney Drive ke komuniti baharu di Pulau Andaman,” kata Kon Yeow.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×