RM305 juta dana YCU dikembalikan untuk pendidikan

RM305 juta dana YCU dikembalikan untuk pendidikan

KHAIRUL Salleh Mohamed Sahari berucap pada majlis makan malam YCU Endowment Fundraising and Appreciation Dinner 2025 di BACC, Bangi, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Yayasan Canselor Universiti Tenaga Nasional (YCU) merekodkan pertumbuhan dana endowmen (sumbangan) mencecah RM360 juta, sejak penubuhannya pada 2009 sehingga November tahun ini.

Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM305 juta telah disalurkan kembali untuk membiayai pelbagai inisiatif utama universiti.

Beliau berkata, ia meliputi pembiayaan dermasiswa, geran penyelidikan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan objektif penubuhan yayasan tersebut.

“Penjanaan dana endowmen kini menjadi salah satu sumber alternatif penting bagi memastikan kelestarian kewangan sistem pendidikan tinggi dalam jangka panjang.

“Sejak 2009, YCU kekal komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan dana endowmen, di samping memastikan keuntungan pelaburan dana disalurkan semula dalam pelbagai bentuk.

“Ia termasuk pemberian biasiswa, geran penyelidikan, aktiviti pengajaran serta pembelajaran dan sebagainya selaras dengan objektif Surat Ikatan Amanah penubuhan YCU,” katanya pada majlis makan malam di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC) di sini, malam tadi.

Khairul Salleh berkata, YCU bermatlamat mencontohi institusi terkemuka dunia seperti Harvard, Yale, Oxford, dan Al-Azhar yang kukuh kedudukan mereka melalui dana endowmen yang mampan.

“YCU dan Tabung Amanah Zakat dan Wakaf (TAZW) Uniten memainkan peranan kritikal dalam mendukung inisiatif kelestarian kewangan universiti menerusi usaha memperkasakan dana endowmen dan wakaf, seterusnya memperkukuh daya kewangan universiti melalui portfolio pendapatan pelbagai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×