Suami tikam isteri sebelum ambil anak di sekolah

Suami tikam isteri sebelum ambil anak di sekolah

MAYAT mangsa bunuh di Kampung Paku, Gual Ipoh dibawa keluar menggunakan trak pikap untuk ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang lelaki yang bertindak menikam isterinya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini, hari ini sempat mengambil salah seorang anaknya di sekolah sebelum menyerah diri kepada pihak polis.

Suspek berusia 63 tahun itu dilapor datang sendiri ke balai polis dan mengaku telah membunuh isterinya Mastura Abdullah, 40.

Menurut adik kepada Mastura, Mohd. Jony Abdullah, 30, kejadian tersebut diketahuinya dan keluarga serta jiran tetangga selepas polis memasang tali kuning melarang semua orang menghampiri lokasi.

Katanya, semasa kejadian berlaku dia sedang tidur sebelum dikejutkan deringan telefon miliknya yang dijawab oleh ibu dan memaklumkan kakak sudah meninggal dunia.

“Terkejut dengan berita itu saya terus keluar dan mendapati kejadian tersebut sudah berlaku.

“Suspek sebelum itu telah ke balai polis secara bersendirian untuk menyerah diri tanpa siapa pun mengetahui perkara tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Tanah Merah di sini hari ini.

Mohd. Jony memberitahu, arwah kakak dan suami tinggal berjauhan kerana dia bekerja sebagai tukang masak di sebuah sekolah di Selangor.

Katanya, arwah kakak pulang ke rumah dari Selangor sekitar pukul 9 pagi selepas adik bongsu mengambilnya di sebuah stesen minyak di Machang.

“Arwah kakak balik dari Selangor ke Machang dengan menaiki lori bersama sepupu. Kebetulan sepupu ada tugasan menghantar barang ke Kota Bharu, jadi dia mengambil keputusan untuk menumpang.

“Kakak merupakan isteri ketiga abang. Sebelum itu abang ipar telah menceraikan isteri pertama dan kedua,” ujarnya.

Dalam kejadian pada pukul 1 petang itu, mangsa berusia 40 tahun itu maut di lokasi akibat kecederaan parah di anggota badan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×