Tidak pernah jemu dengan Crocs - Utusan Malaysia

Tidak pernah jemu dengan Crocs

Rona manis pilihan wanita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sepatu getah Crocs menambah keceriaan pada seliparnya dengan aneka pilihan aksesori comel.

Tampil dengan variasi warna dan kepelbagaian aksesori, ia tepat dalam melambangkan perjalanan jenama ini.

Warna dan grafik terang serta galak, seperti tie-dye, marmar dan cetakan grafik.

Ada potongan lebih sporty, santai dan kemas.

Menariknya himpunan baharu ini ada jenis tapak yang lebih tinggi, tidak terlalu leper seperti sebelum ini.

Ketinggian tapak luar yang di kontur bagi penampilan lebih langsing dan licin. Tali belakang yang boleh dilaras, mampu menampung butang Jibbitz.

Menjadikan anda dapat memperibadikan penampilan dengan lebih bergaya.

Bagi penggemar jenis tali yang lebih kemas dan selamat di kaki juga ada. Dua tali atas memberi ruang untuk keselesaan dan keselamatan manakala tujuh lubang pada setiap kasut mengizinkan pemperibadian dengan butang aksesori untuk menampilkan gaya unik anda.

Sementara itu Crocs baru-baru ini melancarkan gaya pilihan dengan kerjasama Highsnobiety membabitkan lima pereka iaitu rapper Rico Nasty, pemuzik dan artis visual MLMA, personaliti YouTube Kemio, penyanyi Beabadoobee, dan artis rakaman Cina, Victor Ma.

Kempen ini memaparkan latar belakang mereka, inspirasi di sebalik dunia ini, dan bagaimana ia diterjemahkan ke dalam Crocs yang mereka pilih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×