Pasangan doktor didenda selepas mengaku berkhalwat 

Pasangan doktor didenda selepas mengaku berkhalwat 

PASANGAN doktor didenda oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah rumah di Taman Semabok Perdana, Melaka, Julai lalu. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pasangan doktor muda menerima padah apabila masing-masing didenda RM2,600 dan RM1,800 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah rumah di Taman Semabok Perdana, Julai lalu.

Hakim Kanan Syarie, Abu Bakar Mohd. Daud menjatuhkan hukuman terhadap, Abdul Hakim Abdul Rahman, dan Nur Arifah Adlina Azman, kedua-duanya berusia 26 tahun selepas meneliti keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pihak pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh doktor yang bertugas di Hospital Melaka dan klinik di Sarawak dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu didapati telah berkurung yang mendatangkan syak dengan Nur Arifah Adlina yang bukan isteri atau mahramnya di sebuah rumah di Taman Semabok Perdana, Semabok kira-kira jam 3.37 petang 29 Julai lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 53 (1) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, manakala doktor wanita terbabit didakwa mengikut Seksyen 53 (2) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 bagi tertuduh lelaki manakala RM2,000 untuk wanita atau dipenjara maksimum 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Radzwan Abdullah manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×