PARLIMEN: Cukai perkhidmatan digital, Malaysia tidak diskriminasi syarikat AS

PARLIMEN: Cukai perkhidmatan digital, Malaysia tidak diskriminasi syarikat AS

GOBIND SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan melaksanakan sebarang cukai perkhidmatan digital yang bersifat diskriminasi terhadap syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS).

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, perkara itu selaras dengan komitmen yang digariskan dalam Artikel 3.1 dan 3.2 Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang ditandatangani antara kedua-dua negara.

“Perjanjian itu menetapkan Malaysia perlu memastikan sebarang bentuk cukai atau langkah berkaitan sektor digital tidak menjejaskan atau mendiskriminasikan syarikat AS sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Jika sesuatu cukai itu dianggap bersifat diskriminasi, maka Malaysia tidak akan melaksanakannya,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 bagi Kementerian Digital di Dewan Rakyat, hari ini.

Gobind berkata, Artikel 3.2 ART turut menekankan supaya Malaysia memudahkan perdagangan digital dengan AS termasuk mengelakkan sebarang tindakan atau sekatan yang boleh ditafsir sebagai mendiskriminasikan perkhidmatan digital dari negara itu.

“Perjanjian ini memperuntukkan sebarang isu mesti dibincangkan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil.

“Perjanjian ART juga tidak menggadaikan kedaulatan negara kerana terma perjanjian itu secara jelas memberi hak kepada Malaysia untuk membuat keputusan sendiri,” katanya.

Tambah beliau, berdasarkan Seksyen 3 mengenai Perdagangan Digital dan Teknologi, penggunaan frasa shall consult menunjukkan Malaysia tidak terikat untuk menerima atau melaksanakan apa-apa cadangan secara automatik.

“Perkataan ‘shall consult’ tidak membawa maksud wajib. Ia bermaksud kita boleh berunding dan jika kita tidak bersetuju, kita tidak terikat untuk menerimanya.

“Ini berbeza dengan perjanjian yang menggunakan istilah ‘shall accept’. Dalam kes ini, kita dibenarkan berunding dan boleh memilih untuk tidak bersetuju,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×