Hati-hati tawaran pakej umrah, haji murah bawah RM5,000

Hati-hati tawaran pakej umrah, haji murah bawah RM5,000

MUHAMMAD Aminuddin Abdul Majid (kiri) dan Abdul Jabbar Mohammed Kahar pada majlis perasmian Kempen Kesedaran Elakkan Penipuan Pakej Pelancongan dan Umrah di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran pakej umrah atau haji murah di bawah harga RM5,000, yang disifatkan harga yang tidak masuk akal.

Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) negeri, Muhammad Aminuddin Abdul Majid berkata, adalah tidak logik pakej umrah atau haji di bawah harga RM5,000.

Menurutnya, ini kerana harga tiket penerbangan sahaja sudah mencecah RM3,000, selain harga visa dan penginapan di tanah suci yang bukannya sehari dua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Katalah sehari kita ambil dalam RM300, kalau 10 hari sudah RM3,000, itu tidak masuk penerbangan, visa dan sebagainya. Jadi orang ramai perlu berhati-hati dengan pakej umrah di bawah harga RM5,000, dikhuatiri mereka akan menjadi mangsa, tertindas selain mengalami kerugian kewangan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Kempen Kesedaran Elakkan Penipuan Pakej Pelancongan dan Umrah iaitu kerjasama strategik melibatkan MOTAC dan dan Persatuan Pengendali Umrah dan Ziarah Perak (PUHAZ) serta majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) melibatkan sektor perbankan, pengangkutan dan penerbangan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PUHAZ, Abdul Jabbar Mohammed Kahar, persatuan yang memayungi 45 syarikat pengendali pakej umrah, haji, pelancongan domestik dan antarabangsa, majoritinya berpusat di negeri ini.

Muhammad Aminuddin berkata, kes penipuan ibadah umrah dan haji yang melibatkan mangsa di negeri ini bersifat terpencil iaitu satu atau dua sahaja dalam tempoh setahun.

Menurutnya, ini kerana kesedaran tinggi pengguna hasil kempen kesedaran dan mengelak penipuan oleh MOTAC negeri dan PUHAZ.

Katanya, syarat utama yang perlu menjadi panduan kritikal ialah agensi atau syarikat pengendali perlu berdaftar dengan kementerian itu selain harga pakej yang masuk akal serta berpatutan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini