Ketua Polis Kelantan diancam selepas tutup pangkalan haram - Utusan Malaysia

Ketua Polis Kelantan diancam selepas tutup pangkalan haram

MOHD. YUSOFF MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat mendedahkan, menerima ancaman susulan tindakan tegasnya menutup operasi pangkalan haram di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand berkuatkuasa 1 Disember tahun lalu.

Mohd. Yusoff berkata, tindakan mengisytiharkan jihad dadah itu menyebabkan dirinya terdedah kepada ancaman, hasil maklumat yang diterima daripada pasukan cawangan khas.

“Bila saya isytiharkan perkara ini buat apa nak takut. Kalau saya tidak buat, siapa yang akan lakukan?

“Mahu atau tidak, saya perlu hadapi semua ini. Sebelum membuat keputusan ini, saya laksanakan solat sunat Istikharah selama dua minggu untuk dapatkan petunjuk baik dan buruk,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Pada 18 November 2024, Utusan Malaysia melaporkan, Polis Kelantan akan menahan mana-mana individu yang menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok untuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand, berkuat kuasa 1 Di­sember.

Penguatkuasaan dibuat me­ngikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000, jika sabit ke­salahan.

Mohd. Yusoff berkata, sebaik sahaja mendapat petunjuk, dia terus melaksanakan penguatkuasaan penutupan pangkalan haram di sepanjang sempadan.

Katanya, penutupan pangkalan haram itu merupakan tin­dakan yang mencabar untuk dilaksa­nakan.

Beliau berkata, dia bersyukur apabila usaha itu membuahkan hasil, sekali gus berjaya mengurangkan kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand khususnya di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×