Pelita kelapa tua jadi sumber rezeki Che Mat - Utusan Malaysia

Pelita kelapa tua jadi sumber rezeki Che Mat

CHE Mat Ahmad menunjukkan pelita tradisional daripada buah kelapa tua yang mendapat permintaan khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang warga emas dari Kampung Kerambit, Lipis dekat sini mencari rezeki bagi menampung kehidupannya dengan menghasilkan pe­lita tradisional daripada buah kelapa tua yang popular ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Che Mat Ahmad, 68, berkata, setiap hari dia mengutip kelapa tua di sekitar kampungnya sebelum dibersihkan dan dijadikan pelita yang sering menghiasi malam-malam Ramadan dan Syawal.

“Kalau musim raya, tempahan memang tidak menang tangan. Tetapi sekarang sudah tidak ramai orang buat sebab perlu sabar, bukan kerja yang mudah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Pekan Sehari Jerantut, semalam.

Menurut Che Mat, meskipun tidak menjanjikan pendapatan lumayan, hasil jualan kraftangan itu sekurang-kurangnya dapat melunaskan sewa rumah de­ngan bayaran RM100 sebulan.

Katanya, sudah tidak ramai individu berminat menghasilkan pelita itu kerana ia menuntut kreativiti dan tumpuan untuk menyiapkannya de­ngan sempurna.

Ketika mencari kelapa tua, Che Mat kadangkala berdepan ancaman haiwan berbisa se­perti ular, lipan dan kala jeng­king yang bersembunyi di bawah gugusan buah ber­kenaan.

“Haiwan berbisa yang ditangkap ini dibuang jauh dari kampung. Orang kampung beri sedekah, asal cari rezeki halal. Setiap rezeki tuhan bagi ada ujiannya,” katanya.

Selain membuat pelita, Che Mat turut memanfaatkan kemahiran tangan dengan membuat parang dan keris tradi­sional iaitu hasil seni warisan Melayu yang diwarisinya sejak muda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN