ART 2025 Malaysia-AS berat sebelah, memihak kepada kuasa luar - Dr. Mahathir

ART 2025 Malaysia-AS berat sebelah, memihak kepada kuasa luar – Dr. Mahathir

dr mahathir
Dr. Mahathir Mohamad pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART 2025) yang ditandatangani antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) pada 26 Oktober lalu didakwa berat sebelah dan hanya memihak kepada kuasa luar.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia mengikat Malaysia supaya mengikut rentak AS dan menjadikan Malaysia ini negara naungan atau lindungan.

Beliau mendakawa, ART 2025 menjadikan Malaysia hilang kebebasan untuk berdagang secara terbuka dengan negara-negara lain, dan perlu tunduk kepada syarat-syarat yang boleh ditentukan oleh AS.
“Setelah meneliti perjanjian tersebut, jelas ia melanggar peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak-hak Melayu dan Bumıputera serta mengenepikan hak-hak Kerajaan Negeri (Senarai Negeri).
“Klausa keluar yang digunakan sebagai alasan oleh Perdana Menteri adalah satu penipuan yang tidak akan dapat mengeluarkan kita daripada perangkap ini,” kata Dr Mahathir dalam sidang media, di sini hari ini.
Dr. Mahathir juga mendakwa ART 2025 membenarkan dasar campur tangan AS kepada banyak industri termasuk pemakanan, pembuatan, pertanian, ketenteraan, dan nadir bumi.
Oleh itu beliau membuat kesimpulan bahawa hampir keseluruhan ekonomi negara dikorbankan, demi mendapat pujian daripada Presiden AS, Donald Trump.
“Malahan hak untuk menentukan halal haram barangan yang dibawa masuk dari negara bukan Islam, dalam konteks ini Amerika tidak dapat lagi ditentukan oleh negara kita.
“Penjelasan kerajaan juga amat diragui. Ini adalah kerana komentar-komentar badan-badan terkait ekonomi dunia serta media asing melabel perjanjian ini sebagai penjualan hak kebebasan memilih Malaysia,” ujar beliau.
Selain itu katanya, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Malaysia masih bebas dan boleh menentukan hala tuju sendiri tidak langsung meyakinkan dan berbeza dengan terma-terma yang wujud dalam perjanjian tersebut.
Anwar dan Trump menandatangani ART 2025 serta perjanjian mineral kritikal bagi memperkukuh kerjasama ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.
Perjanjian itu menyaksikan kadar tarif purata diturunkan daripada 25 peratus kepada 19 peratus, serta akses pasaran yang lebih meluas bagi eksport utama negara.
Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN