KLGCC Mall jadi nadi sosial, budaya KLGCC Resort

KLGCC Mall jadi nadi sosial, budaya KLGCC Resort

PENIAGA bakal berdepan sentimen berhati-hati bagi suku kedua tahun ini berikutan ketidaktentuan ekonomi global. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLGCC Mall yang dibangunkan oleh Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) merupakan mercu tanda runcit terbaharu yang direka untuk menjadi nadi sosial dan budaya kepada KLGCC Resort.

Terletak secara strategik dalam pelan induk KLGCC Resort seluas 145.7 hektar dan dikelilingi oleh kejiranan terkenal seperti Bukit Damansara, Mont Kiara, Sri Hartamas, Bangsar dan Taman Tun Dr. Ismail, pusat beli-belah ini melengkapkan ekosistem sedia ada yang turut merangkumi Menara KLGCC dan Pusat Konvensyen Sime Darby.

Ini sekali gus mengukuhkan kedudukan KLGCC Resort sebagai destinasi gaya hidup bersepadu terkemuka.

Sime Darby Property berkata, KLGCC Mall bertujuan untuk meningkatkan pengalaman runcit kejiranan dengan gabungan jenama gaya hidup dan jenama baharu di pasaran.

Katanya, pusat beli-belah ini meliputi lima aras dengan keluasan runcit 240,000 kaki persegi untuk memenuhi keperluan komuniti setempat, menjadikannya destinasi ideal untuk aktiviti keluarga dan keperluan harian.

“KLGCC Mall menggabungkan penglibatan komuniti, penemuan kulinari serta aktiviti kreatif dengan penyewa utama seperti Jaya Grocer Signature, The Grounds of Serai dan Serai Hall oleh Serai Group, ACE Hardware, Asia Ballet Academy dan taman permainan kanak-kanak HarborLand pertama di Malaysia.

“Jaya Grocer Signature memperkenalkan konsep gourmet pertamanya dengan pilihan produk artisanal dan barangan import premium yang lebih meluas. 

“HarborLand, pengendali taman permainan dalaman terkemuka Thailand, membuat penampilan sulungnya di Malaysia dengan pengalaman permainan bertaraf dunia untuk kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan. 

Tambahnya, antara tarikan utama ialah amfiteater atas bumbung dengan pemandangan padang golf KLGCC, dan direka untuk menganjurkan pameran kreatif, persembahan muzik secara langsung dan aktiviti komuniti. 

“Sebagai sebahagian daripada program pembukaannya, pusat beli-belah ini akan menjadi tuan rumah bersama ‘State of Mind: Art-Tech-Wellness Exhibition Experience’, kolaborasi dinamik dengan Galeri MahsuriShark yang berlangsung sehingga 6 November. 

“Acara imersif ini mengajak pengunjung menerokai persimpangan antara seni dan teknologi melalui pelbagai pengalaman interaktif. 

“Ini termasuk pameran seni Augmented Reality (AR), galeri seni maya, pemburuan koleksi digital, arca maya binaan komuniti, studio pergerakan (motion studio), pertandingan seni serta siri bengkel dan ceramah seni-teknologi, menawarkan pendedahan mendalam ke masa depan kreativiti,” jelasnya.

Tambahnya, KLGCC Mall merupakan tambahan terbaharu dalam portfolio runcit Sime Darby Property yang semakin berkembang dan menekankan kekuatannya dalam membangunkan destinasi yang dipacu komuniti. 

Sebagai aset runcit ketiga milik penuh syarikat, ia menyertai barisan seperti Elmina Lakeside Mall dan KL East Mall, kedua-duanya telah mencapai kadar sewaan penuh.

Pusat beli-belah ini mudah diakses dengan sambungan strategik ke Lebuhraya Sprint, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Persekutuan dan New Klang Valley Expressway (NKVE). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×