Air Ulu Sungai Johor bertukar jadi susu

Air Ulu Sungai Johor bertukar jadi susu

KEADAAN air di sepanjang Ulu Sungai Johor yang bertukar warna kepada putih seakan susu dipercayai kerana tercemar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Air di sepanjang Ulu Sungai Johor di sini, bertukar warna kepada putih seakan susu dipercayai kerana tercemar.

Insiden yang disedari penduduk kira-kira pukul 3 pagi semalam kini menjejaskan mata pencarian lebih 100 nelayan yang menjadikan sungai itu sebagai mata pencarian.

Pengerusi Jaringan Perikanan Masyarakat Orang Asli Parlimen Tenggara, Jasni Amat, 48, berkata, pencemaran yang dianggarkan sepanjang 20 hingga 30 kilometer (km) itu bukan sahaja menjejaskan sumber tangkapan, namun turut merosakkan bot nelayan.

“Akibatnya kumpulan nelayan tidak dapat ke sungai kerana khuatir hasil tangkapan tidak selamat dimakan, selain peralatan menangkap ikan dan bot mengalami kerosakan akibat pencemaran,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, siasatan awal mendapati ia berpunca daripada aktiviti perlombongan pasir darat oleh sebuah syarikat tempatan.

Katanya, kolam cucian pasir di tapak perlombongan itu pecah akibat pergerakan tanah.

Menurutnya, pemantauan sudah dilakukan Badan Kawal Selia Air Johor (Bakaj), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Ranhill SAJ.

“Disahkan bahawa paras kekeruhan air meningkat sehingga 37,400NTU (unit kadar kekeruhan), jauh melebihi paras normal sekitar 400NTU,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Fazli berkata, ia turut berisiko menjejaskan operasi beberapa loji rawatan air (LRA) iaitu LRA Linggiu, LRA Semangar, LRA Sungai Johor dan LRA PUB Singapura.

“Beberapa kawasan di Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian dan Kulai dijangka akan mengalami gangguan sementara bekalan air tidak terancang.

“Semua agensi teknikal kini bekerja secara bersepadu dan pantas bagi memastikan usaha pemulihan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×