Pelancong datang untuk melihat identiti Malaysia

Armada kecam tindakan menteri intimidasi wartawan

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANGKATAN Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpendirian insiden Menteri Perumahan dan  Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengeluarkan perkataan intimidasi, “Saya akan ingat, saya akan hubungi ketua pengarang”  terhadap seorang pengamal media Utusan Malaysia menunjukan sisi angkuh seorang anggota Kabinet Kerajaan Madani.

Tambahan lagi menteri tersebut juga menyebut “Saya tak mahu kamu datang ke sini kemudian menonjolkan perkara yang boleh menjejaskan keseluruhan usaha ini. Saya akan hubungi ketua pengarang kamu.”

Mengapa menteri berkenaan terlalu defensif apabila ditanya mengenai  nama projek I Lite u yang menggunakan bahasa Inggeris dan bukan bahasa Melayu? Seolah-olah menteri tidak mahu memperkasakan bahasa Melayu. 

Perlu diingatkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara dan bahasa rasmi di Malaysia. 

Penjelasan yang diberi menteri tersebut sangat dangkal dan tidak masuk akal berkenaan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Beliau berpandangan, penggunaan bahasa Inggeris penting untuk pelancong merasakan ‘rasa keterikatan’.

Armada ingin menegaskan pelancong yang datang ke negara ini ingin melihat identiti Malaysia, kekayaan budaya, kemajmukan masyarakat dan budi pekerti adat ketimuran.

Sebagai negara, kita perlu berbangga dengan bahasa kebangsaan khususnya dalam menamakan tempat tarikan pelancong. 

Sebagai contoh Perancis menamakan Champs-Élysées dan Musée du Louvre sebagai tempat menarik dan terbukti jutaan pelancong daripada seluruh dunia membanjiri tanpa memahami maksud nama tersebut. 

Armada mengecam keras tindakan Kor Ming yang tidak menghormati pengamal media dan seolah–olah mahu menghukum wartawan tersebut kerana bertanyakan soalan yang bagi kami amat relevan. 

Sesungguhnya, perbuatan sedemikian tidak ada ruang dalam dunia kewartawanan pada  2025. –UTUSAN

 

HARRIS IDAHAM RASHID

Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×