Pertahan rakyat Palestin bukan di jalanan, tapi di meja rundingan

Pertahan rakyat Palestin bukan di jalanan, tapi di meja rundingan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keberanian Malaysia bersuara mempertahankan rakyat Palestin bukan dilakukan di jalanan, tetapi di meja rundingan tertinggi dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk ketika bertemu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump secara empat mata.

“Kita berbincang hati ke hati, empat mata, hanya saya dan Presiden Trump. Jangan lupa, kita boleh menjerit di sini, tetapi orang sedang mati di Gaza, dibunuh, dibom,” katanya pada sidang media Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Katanya lagi, diplomasi yang berkesan bukan diukur melalui slogan atau kecaman lantang, sebaliknya melalui keupayaan untuk berunding dan mendesak perubahan secara berhemah tanpa tunduk kepada tekanan mana-mana pihak.

“Marah kepada Amerika, maki Israel, semua itu sudah. Tetapi ini peluang kita berjumpa sendiri. Sekurang-kurangnya dengan Captain America sendiri, kita berjaya hentikan serangan dan melarang pendudukan di tebing barat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×