Bukan retorik politik, ASEAN pantau pelan damai Gaza - Utusan Malaysia

Bukan retorik politik, ASEAN pantau pelan damai Gaza

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : ASEAN mengalu-alukan pelan komprehensif perjanjian damai di Gaza yang menjadi asas penting untuk menghentikan jenayah kemanusiaan di wilayah bergolak itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, segala usaha yang dicetuskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mesti dikawal selia bagi memastikan janji keamanan bukan sekadar retorik politik.

“Usaha ini mesti diteruskan dan dipantau rapi supaya wujud keamanan berkekalan, penyelesaian politik inklusif, adil serta lestari demi Palestin,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-20 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) d sini, hari ini.

Trump sebelum ini mengumumkan Pelan 20 perkara bagi menamatkan perang di Gaza yang berlanjutan sejak dua tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×