Bedah siasat pelajar UM dapati tiada unsur jenayah - Utusan Malaysia

Bedah siasat pelajar UM dapati tiada unsur jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bedah siasat terhadap pelajar Universiti Malaya (UM) yang maut selepas dipercayai terjatuh di kolej kediamannya semalam mendapati tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, bedah siasat dijalankan di bilik bedah siasat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) antara pukul 10 malam sehingga 3 pagi.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi.

“Mangsa juga didapati mengalami kecederaan di bahagian dada selain tiada kesan jerutan serta sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, jenazah mangsa akan dituntut keluarganya pada pagi ini.

Dalam pada itu, UM merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian pelajar tahun empat Jabatan Fiqh Usul dan Sains Gunaan Akademi Pengajian Islam, Allahyarham Ahmad Arif Zawir Mohd Ali.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarham,” katanya.

Semalam, seorang penuntut maut selepas dipercayai terjatuh di kolej kediamannya.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 3.15 petang itu melibatkan seorang penuntut lelaki berusia 22 tahun.

Mangsa di bawa ke PPUM dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.25 petang oleh pegawai perubatan hospital berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×