Setiausaha Agung FAM digantung tugas

Setiausaha Agung FAM digantung tugas

S. Sivasundaram (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Pasukan Harimau Malaya, Rob Friend (dua kanan) serta peguam, Serge Vittoz (kanan) bercakap pada sidang akhbar khas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Wisma FAM, Kelana Jaya, baru-baru ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman digantung tugas serta-merta susulan siasatan yang dijalankan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung status tujuh pemain kacukan Harimau Malaya.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram dalam satu sidang media khas di wisma badan induk bola sepak negara berkenaan.

“Berhubung kes FIFA, Setiausaha Agung FAM digantung berkuat kuasa hari ini. Penggantungan itu bagi membolehkan badan bebas menjalankan siasatan lanjut berhubung isu terbabit,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, FIFA mengenakan tindakan terhadap FAM dan tujuh pemain warisan selepas beberapa dokumen pendaftaran dikatakan menimbulkan kekeliruan, sekali gus mendorong badan induk dunia itu meminta penjelasan lanjut daripada FAM berhubung kesahihan status pemain terbabit.

Dalam keputusan yang didedahkan menerusi laporan rasmi bertajuk ‘Notification of the Grounds of the Decision’ bertarikh 6 Oktober 2025, Jawatankuasa Tatatertib FIFA menjelaskan bahawa hukuman tersebut dijatuhkan atas pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA, membabitkan kesalahan pemalsuan dan pengubahan dokumen rasmi.

Antara pemain yang terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel.

FIFA turut mengenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta) terhadap FAM, manakala setiap pemain dikenakan denda CHF2,000 (RM10,000) dan digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Untuk rekod, Noor Azman dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada September 2022, menggantikan Mohd Saifuddin Abu Bakar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×