Penganggur didakwa cuba bunuh polis

Penganggur didakwa cuba bunuh polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh dua anggota polis dengan melanggar mereka menggunakan kereta, dua bulan lalu.

Tertuduh, Quah Mun Foo, 49, didakwa dengan sengaja cuba menyebabkan kematian Koperal Imanuil Soineh, 34, dan Sub Inspektor Mohd. Nor Erzuwan, 38,  menggunakan kenderaan jenis Perodua Alza sedangkan mengetahui perbuatan itu boleh membawa maut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran Jalan Tasik Permaisuri dan persimpangan lampu isyarat Bandar Tasik Permaisuri, Cheras di sini antara pukul 11.30 dan 11.40 malam, di Cheras, 30 Ogos lalu. 

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan jika perbuatan tersebut menyebabkan kecederaan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Adiba Iman Md. Hassan mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin. 

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tidak bekerja.

Hakim Noridah Adam kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan. Mahkamah menetapkan 15 Disember untuk sebutan semula kes. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×