Tunggakan PTPTN lebih lima tahun, gaji RM6,000 disekat ke luar negara

Tunggakan PTPTN lebih lima tahun, gaji RM6,000 disekat ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan meng­gariskan dua kategori peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang akan dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara mulai tahun depan.

Dalam dokumen ringkasan Belanjawan 2026 yang dikeluarkan semalam, dua kategori tersebut membabitkan peminjam yang mempunyai tunggakan PTPTN melebihi lima tahun dan berpendapatan lebih RM6,000 sebulan.

Kategori kedua pula melibatkan peminjam yang bekerja di luar negara.

Jumaat lalu, ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan bersetuju mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam PTPTN yang mampu bayar dan bekerja di luar negara tetapi culas membuat bayaran balik.

Inisiatif itu adalah selaras dengan komitmen PTPTN da­lam memastikan kelangsu­ngan pendidikan tinggi bagi pembangunan modal insan negara.

Pada Jun lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mendedahkan terdapat seramai 400,000 peminjam PTPTN tidak pernah membayar langsung hutang pinjaman dengan nilai tunggakan RM5 bilion.

Ia membabitkan peminjam yang sudah menamatkan pe­ngajian sejak lebih 10 tahun lalu namun masih belum melunaskan tunggakannya.

Pelaksanaan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam culas mula diperkenalkan pada tahun 2015 namun polisi itu kemudiannya dimansuhkan selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.

Pada tahun 2015 itu, peminjam culas yang dikategorikan sebagai ‘hardcore’ akan disenarai di dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS) iaitu pengkalan data Bank Negara Malaysia (BNM).
Peminjam yang disenarai dalam pengkalan data itu akan disekat daripada keluar dari negara oleh Jabatan Imigresen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×