Lelaki nyaris maut selepas makan tiga kilogram 'gummy'

Lelaki nyaris maut selepas makan tiga kilogram ‘gummy’

NATHAN Rimmington menunjukkan gula-gula gummy yang dibelinya sebelum dikejarkan ke hospital. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pemandu lori di Britain terpaksa menerima rawatan kecemasan selepas memakan sejumlah besar gula-gula gummy dalam tempoh hanya tiga hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nathan Rimington, 33, dari Yorkshire membeli tiga kilogram gula-gula Haribo Cola Jelly melalui laman Amazon selepas mengidam snek manis itu.

Namun, selepas menelan keseluruhan bekas yang dianggarkan mengandungi 10,461 kalori, Rimington mula mengalami sakit perut teruk, berpeluh berlebihan, tekanan darah tinggi dan kesejukan pada tubuh.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pada mulanya, pasukan perubatan menyangka Rimington mengalami keracunan makanan, namun hasil pemeriksaan mendapati terdapat paras gelatin yang luar biasa tinggi dalam saluran penghadamannya.

Doktor mengesahkan dia menghidap divertikulitis akut, iaitu keadaan dinding usus besar membentuk kantung kecil (divertikula) yang boleh menyebabkan jangkitan dan keradangan.

Pengambilan bahan tertentu secara berlebihan seperti gelatin boleh meningkatkan risiko gangguan usus dan penyumbatan dalam sistem pencernaan.

“Simptom paling biasa bagi divertikulitis ialah sakit perut yang berpanjangan dan teruk di bahagian kiri bawah abdomen. Rasa sakit ini berbeza daripada masalah angin atau sembelit,” kata seorang doktor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN