Ekonomi Israel lumpuh jika pelan damai Gaza gagal

Ekonomi Israel lumpuh jika pelan damai Gaza gagal

KEADAAN daif di kawasan penempatan sementara penduduk Palestin di Khan Younis, selatan Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Satu kajian Israel memberi amaran ekonomi negara haram itu bakal berdepan kesan serius sekiranya pelan damai dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump gagal dilaksanakan dan perang Gaza berlanjutan.

Laporan itu diterbitkan oleh Institut Dasar Ekonomi Aharon di Universiti Reichman dan dipetik oleh akhbar perniagaan Calcalist.

Kajian itu menggariskan tiga senario berbeza dan memberi amaran penjajahan penuh Zionis terhadap Gaza akan mengakibatkan pengasingan antarabangsa, defisit kewangan yang besar, serta penurunan mendadak dalam taraf hidup masyarakat Israel.

Kajian tersebut turut menyatakan meneruskan ‘permusuhan’ tanpa sebarang penyelesaian politik akan turut membawa kesan ekonomi yang berat kepada Israel, termasuk ketidakstabilan pasaran dan pengurangan pelaburan asing.

“Satu-satunya jalan untuk menstabilkan semula ekonomi Israel, adalah melalui pelaksanaan pelan 2 perkara dicadangkan Trump yang mampu menghentikan konflik bersenjata dan membawa kestabilan semula kepada negara.

“Selepas dua tahun Israel terlibat dalam ‘kegagalan keselamatan’, konflik ini sudah meresap jauh ke dalam sistem ekonomi negara, menjejaskan produktiviti dan keyakinan pasaran,” menurut kajian itu.

Meskipun inisiatif Trump menunjukkan sedikit kemajuan pada hujung minggu lalu, ia masih belum mampu menghasilkan penghentian permusuhan yang menyeluruh antara Israel dan Hamas.

Penganalisis turut memberi amaran kegagalan mencapai penyelesaian politik bukan sahaja akan memburukkan situasi ekonomi tetapi juga mencetus tekanan sosial dalaman yang boleh melemahkan kestabilan jangka panjang negara.

Kajian itu menyimpulkan keutamaan kerajaan ketika ini sepatutnya tertumpu kepada menghentikan konflik melalui penyelesaian diplomatik bagi mengelakkan keruntuhan ekonomi yang lebih besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×