900,000 penduduk Palestin tinggalkan Gaza City

900,000 penduduk Palestin tinggalkan Gaza City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Gaza City kini hampir kosong sepenuhnya daripada penduduk Palestin, menurut anggaran terkini oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mendakwa kira-kira 900,000 penduduk Palestin yang menetap di Gaza City sebelum serangan besar-besaran IDF sudah berpindah ke bahagian selatan wilayah terkepung itu.

“Keputusan IDF untuk mengepung Gaza, meruntuhkan bangunan bertingkat melalui operasi besar-besaran di bandar itu menyebabkan kira-kira 900,000 penduduk berpindah ke selatan, sekali gus mewujudkan tekanan besar terhadap Hamas dan negara-negara yang menyokongnya,” kata Katz dalam satu ucapan di Baitulmuqaddis.

Sebelum serangan ketenteraan bermula pada akhir Ogos, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sekitar satu juta orang tinggal di dalam dan sekitar Gaza City, pusat bandar terbesar di Semenanjung Gaza.

Namun penduduk Palestin dipaksa mengosongkan semua kawasan di Gaza City menuju ke zon kemanusiaan yang ditetapkan Israel di selatan Gaza sejak bulan lalu.

Kadar pemindahan penduduk Palestin dari kawasan itu meningkat sejak minggu lalu apabila IDF mara lebih jauh ke dalam Gaza City, menurut angka Israel.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) pada 2 Oktober lalu melaporkan ratusan ribu orang masih berada di Gaza City dan wilayah utara Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×