Strategi Cklamovski jadi tumpuan

Strategi Cklamovski jadi tumpuan

Peter Cklamovski memberi bayanagan untuk memanggil muka baharu untuk mewakili negara di Piala AFF 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemampuan sebenar jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski bakal diuji dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos susulan ketiadaan tujuh pemain warisan yang digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Cklamovski memanggil 29 pemain bagi melakukan persiapan bermula Isnin ini untuk menentang Laos pada Khamis ini di tempat lawan sebelum sekali lagi bertemu di Bukit Jalil pada 14 Oktober.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir berkata, beliau tetap optimis dengan barisan pemain yang dipanggil untuk membuktikan kemampuan sebenar namun mahu melihat kepakaran Cklamovski dalam mencari ramuan terbaiknya.

“Kita kehilangan sentuhan (Joao) Figueiredo di mana sebelum ini dia menjaringkan gol dalam setiap penampilannya bersama pasukan. Jadi, menjadi tanggungjawab jurulatih kebangsaan untuk mencari pengganti.

“Jurulatih kena cari formula dengan menggunakan skuad sekarang supaya boleh capai kemenangan. Mereka sudah tidak boleh lihat ke belakang lagi, masa semakin suntuk.

“Fokus pada pemain sedia ada untuk bina pasukan yang kuat dan dapatkan kemenangan menentang Laos di tempat lawan. Tak perlu fikir lagi pasal tujuh pemain itu, fikir macam mana nak atasi,” katanya.

Terdahulu, Figueiredo bersama enam lagi pemain warisan termasuk Rodrigo Holgado, Hector Hevel, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Facundo Garces dan Gabriel Palmero digantung 12 bulan oleh FIFA selepas didakwa melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

Sekiranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kekal bersalah dan gagal dalam rayuan yang mengakibatkan keputusan hukuman tidak berubah, kemungkinan besar potongan mata akan dilakukan terhadap skuad kebangsaan dalam dua aksi Kelayakan Piala Asia 2027.

Selain hukuman pemotongan mata, denda lain juga bakal menyusul berdasarkan peraturan yang termaktub dalam peraturan AFC.

Ketika ini, Malaysia mendahului Kumpulan F dengan enam mata selepas menang 2-0 ke atas Nepal dan menumbangkan Vietnam 4-0 pada 10 Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×