SPRM sahkan sudah rakam keterangan Jeffrey Kitingan

SPRM sahkan sudah rakam keterangan Jeffrey Kitingan – Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil keterangan Datuk Seri Dr. Jeffrey Gapari Kitingan bagi membantu siasatan berhubung pendedahan video terbaharu oleh ahli perniagaan, Alber Tei.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya juga sudah memanggil pegawai-pegawai Timbalan Ketua Menteri Sabah itu, namun akan menghubungi sendiri Alber Tei.

Katanya, siasatan berhubung video tersebut masih dijalankan dengan setakat ini lebih 10 keterangan saksi sudah diambil.

“Datuk Jeffrey (Timbalan Ketua Menteri) sendiri sudah dipanggil serta pegawai-pegawainya, bagi Albert Tei kita akan hubungi beliau untuk diambil keterangan.

“Saksi-saksi lain kita akan teruskan dan diberitahu kepada saya ada video-video baharu yang dikeluarkan dalam satu portal dan kita akan melihat pada keterangan yang ada,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-58 di sini hari ini.

Sebelum ini, SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung pendedahan video terbaharu oleh ahli perniagaan, Albert Tei.

Azam dilaporkan berkata, siasatan berhubung video baharu yang disiarkan oleh satu portal dalam talian sedang dijalankan dan mengarahkan SPRM Sabah untuk melanjutkan siasatan berdasarkan maklumat terbaharu yang didedahkan.

Sebelum itu, satu portal berita melaporkan, Albert Tei mendedahkan rakaman video perbualannya dengan Kitingan dan mendakwa pemimpin itu menerima bayaran terbesar dalam skandal perlombongan tersebut.

Bagaimanapun, Kitingan menafikan menerima rasuah berkaitan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Beliau memberitahu portal itu bahawa beliau ‘tidak benar-benar ingat’ mengadakan perbualan dengan Tei, tetapi perbualan itu nampaknya mengenai derma politik.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×