SK Putrajaya Presint 11(1) bukti inovasi terbaik jadi inspirasi dunia

SK Putrajaya Presint 11(1) bukti inovasi terbaik mampu jadi inspirasi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(1) yang melakar sejarah apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Sekolah Terbaik Dunia membuktikan inovasi dan amalan terbaik di sekolah mampu menjadi inspirasi kepada dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu telah mengharumkan nama Malaysia di pentas pendidikan global.

“Tahniah dan syabas kepada warga sekolah, Kementerian Pendidikan serta semua yang terlibat. 

“Inilah contoh sebenar semangat Malaysia Madani dalam mendidik, menginspirasi dan membina masa depan,” katanya dalam akaun X, hari ini.

SK Putrajaya Presint 11(1) melakar sejarah apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Sekolah Terbaik Dunia, sekali gus menobatkan Malaysia di pentas pendidikan antarabangsa.

Sekolah berkenaan diiktiraf menerusi kategori ‘Menyokong Kehidupan Sihat’ hasil inisiatif inovatifnya iaitu projek HELPIE, sebuah aplikasi mudah alih yang dibangunkan pada 2023 untuk meningkatkan kesedaran serta sokongan terhadap kesihatan mental dalam kalangan murid.

Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Yayasan Hasanah menganjurkan perhimpunan khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam bagi menyaksikan secara langsung detik bersejarah pengumuman pemenang dari seluruh dunia selepas sekolah ini berjaya disenaraikan 10 finalis bagi pengiktirafan berprestij itu.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, pengiktirafan ini disifatkan sebagai bukti bahawa sekolah di Malaysia bukan sahaja mampu mengubah kehidupan pelajar di peringkat tempatan, malah menjadi inspirasi kepada perubahan global dalam bidang pendidikan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN