YouTube setuju bayar AS$22 juta kepada Trump

YouTube setuju bayar AS$22 juta kepada Trump

PENYOKONG Trump berkumpul di salah satu pintu masuk Capitol selepas melanggar peraturan keselamatan bangunan itu dalam insiden rusuhan yang berlaku baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Youtube bersetuju membayar pampasan sebanyak AS$22 juta (RM93) kepada pentadbiran Presiden Donald Trump bagi menyelesaikan tuntutan mahkamah berkaitan penggantungan akaunnya susulan insiden Capitol pada 6 Januari 2021.

Penyelesaian itu didedahkan dalam dokumen mahkamah yang difailkan di California pada Isnin, menjadikan YouTube yang merupakan anak syarikat kepada gergasi teknologi Alphabet (syarikat induk Google) antara platform media sosial utama menamatkan pertikaian panjang dengan Trump.

Dana pampasan tersebut akan disalurkan kepada projek pembinaan dewan acara baharu di Rumah Putih melalui sebuah badan yang dikenali sebagai Trust for the National Mall.

YouTube turut bersetuju menyalurkan AS$2.5 juta (RM10.5 juta) tambahan kepada beberapa rakan sekutu Trump.

YouTube menyekat akaun rasmi Trump pada 12 Januari 2021, beberapa hari selepas rusuhan Capitol, atas alasan kebimbangan terhadap ‘potensi berterusan untuk keganasan’.

Tindakan itu selari dengan langkah yang diambil oleh Facebook dan Twitter yang turut menggantung akaun Trump selepas kejadian tersebut.

Namun, Trump mencabar penggantungan itu di mahkamah, mendakwa beliau disekat secara tidak adil.

Dalam tuntutan asal difailkan Julai 2021, pasukan perundangan Trump menyatakan tindakan YouTube dan CEO Alphabet, Sundar Pichai, dilakukan atas dasar politik dan menafikan hak kebebasan bersuara.

Insiden 6 Januari 2021 menyaksikan lebih 140 pegawai keselamatan cedera dengan penyokong Trump menyerbu Capitol cuba menghalang pengesahan kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya presiden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×