Bapa kanak-kanak kritikal dipukul tukul bapa saudara, mohon doa

Bapa kanak-kanak kritikal dipukul tukul bapa saudara, mohon doa

MUHAMMAD Amar Muhammad Badrul yang parah dipukul bapa saudara menggunakan tukul masih kritikal dan menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian, Kelantan. – IHSAN KELUARGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak, Muhammad Ammar Muhammad Badrul, bertarung nyawa selepas cedera parah dipukul dengan sebatang tukul oleh bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat, Bachok, kelmarin.

Mangsa yang berusia sembilan tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPSUM) Kubang Kerian dan bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan.

Bapanya, Muhammad Badrul Remli, 31, berkata keadaan anaknya kritikal dan tidak stabil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan Muhammad Ammar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum kejadian dia meninggalkan anaknya di rumah suspek, yang juga abang iparnya, selepas diambil dari sekolah kerana mahu bermain dengan sepupunya.

Bagaimanapun, kira-kira pu­kul 4.30 petang, dia menerima panggilan daripada kakaknya yang memaklumkan suaminya memukul Muhammad Ammar menggunakan tukul sehingga cedera parah pada pukul 4.30 petang.

“Ketika kejadian, kakak saya sedang tidur manakala dua anaknya berusia lima dan lapan tahun bermain dengan anak saya di ruang tamu. Seorang anak remaja mereka berusia 14 tahun sedang mandi.

“Abang ipar saya tidak pernah bertindak agresif, tidak pernah pukul isteri atau anak, malah baik dengan kanak-kanak termasuk anak saya,” katanya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, seorang lelaki berusia 46 tahun, ditemukan mati apabila bertindak menggantung dirinya pada sebatang pokok ru, di Pantai Melawi di sini selepas memukul anak saudaranya hingga parah dengan sebatang tukul pada pukul 5.15 petang, dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jelawat di sini, kelmarin.

Sementara itu Timbalan Ke­tua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohd. Azrie Sulaiman mengesahkan isteri suspek berusia 36 tahun dan ibu saudara mangsa kini ditahan bagi membantu siasatan.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecede­raan parah dengan senjata berbahaya dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai menghadapi masalah halusinasi dan pernah mempunyai sejarah kes pe­nyalahgunaan dadah. Mayat lelaki itu dihantar ke Unit HPUSM untuk proses bedah siasat dan kes kematian suspek diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, pemeriksaan awal pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul dipercayai tukul.

Suspek utama berusia yang merupakan bapa saudara mang­sa bertindak melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal selepas kejadian.

Lelaki itu kemudian di­temukan meninggal dunia da­lam keadaan tergantung pada sebatang pokok ru di kawasan Pantai Melawi di sini, kira-kira pukul 8.30 malam semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×