PRN Sabah 2025: Masa untuk rakyat bangkit

PRN Sabah 2025: Masa untuk rakyat bangkit

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi peluang rakyat menghukum, memilih dan menentukan hala tuju negeri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah bukan lagi soal siapa jadi Ketua Menteri atau parti mana lebih kuat, sebaliknya tentang masa hadapan rakyat yang terus terhimpit dalam kitaran janji kosong.

Masalah asas seperti kekurangan air bersih, gangguan elektrik, jalan berlubang, harga barang naik, tanah adat terancam dan pendatang tanpa izin yang berleluasa masih belum diselesaikan. Persoalannya, sampai bila rakyat Sabah harus bersabar dan rela dipermainkan setiap kali musim pilihan raya tiba?

Realitinya, hampir semua parti politik di Sabah diberi peluang, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (Warisan), Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), namun tiada yang benar-benar berjaya menyelesaikan masalah rakyat.

GRS tidak boleh hanya berbangga sebagai kerajaan tanpa bukti kerja. Warisan pula tidak boleh bersandar pada kenangan lama. PH tidak boleh hanya menumpang kuasa pusat dan BN pula tidak boleh hidup di bawah bayang kejayaan silam.

Rakyat Sabah perlu belajar daripada sejarah Brunei yang kehilangan wilayah kerana pemimpinnya terlalu sibuk menjaga kuasa. Begitu juga, jika rakyat terus membiarkan ahli politik berpolitik tanpa bekerja, jangan terkejut jika Sabah terus ketinggalan, sementara hasil buminya dinikmati orang luar.

PRN 2025 adalah peluang rakyat menghukum, memilih dan menentukan hala tuju negeri. Kuasa sebenar ada di tangan rakyat, bukan di tangan ahli politik. Jangan biarkan anak-anak kita terus membesar dalam keadaan tiada air, tiada elektrik, jalan rosak dan peluang kerja yang terhad.

Inilah masa untuk rakyat Sabah membuka mata dan bangkit. Jangan lagi percaya pada slogan manis dan janji palsu.

Masa hadapan Sabah bukan di tangan parti tetapi pada rakyatnya sendiri.

PRN 2025 adalah titik perubahan sama ada kita terus dipermainkan atau memilih untuk membina Sabah yang kuat dan bermaruah.-UTUSAN

DR. YUSRY SULAIMAN
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa,
Tamadun & Falsafah Universiti Utara Malaysia​ (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×