‘Counter Setting: Imigresen tunggu laporan penuh SPRM

‘Counter Setting: Imigresen tunggu laporan penuh SPRM

ZAKARIA SHAABAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Maklumat penuh mengenai penahanan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang diperoleh agensi ini daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan siasatan lanjut.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kes terbabit diserahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

Menurutnya, JIM akan terus memberi kerjasama dengan SPRM untuk mengesan sindiket terbabit.

“Kami tidak akan beri ruang untuk mereka terus bertapak di dalam JIM serta pintu masuk negara.

“Buat masa ini saya menunggu laporan daripada SPRM dulu. Kita tunggu maklum balas SPRM sebelum tindakan lanjut jabatan diambil kepada pegawai terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, terdapat pegawai yang masih dalam tahanan reman SPRM.

Minggu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya dalam tindakan meneliti rekod kewangan ahli keluarga dan rakan rapat individu yang ditahan berhubung kes terbabit.

Menerusi operasi bermula 9 September lalu, SPRM menerusi Op Rentas menahan seramai 30 individu termasuk 18 pegawai agensi penguat kuasa, lima pemilik syarikat dan tiga orang awam.

Tangkapan dilaksanakan di beberapa negeri antaranya Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×