Lelaki pukul anak saudara guna tukul, 'hamba' dadah

Lelaki pukul anak saudara guna tukul, ‘hamba’ dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang lelaki yang menamatkan riwayatnya sendiri selepas memukul anak saudaranya hingga parah dengan sebatang tukul di sebuah rumah kedai di Jelawat di sini, semalam adalah ‘hamba’ dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohd. Azrie Sulaiman berkata, siasatan mendapati, suspek terlibat dengan penagihan dadah dipercayai memarahi mangsa berusia tujuh tujuh sebelum bertindak memukulnya dengan sebatang tukul.

Menurutnya, mangsa dilaporkan masih kritikal dan kini dirawat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini.

“Motif sebenar kejadian yang menyebabkan suspek sanggup bertindak memukul anak saudaranya itu masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Mohd. Azrie berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Terdahulu, seorang lelaki ditemukan mati apabila bertindak menggantung dirinya pada sebatang pokok ru selepas memukul anak saudaranya hingga parah dengan sebatang tukul dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jelawat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, suspek yang berusia 46 tahun menggantung dirinya pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi di sini selepas melakukan perbuatan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×