JKR siasat runtuhan Jalan Pantai Batu Rakit

JKR siasat runtuhan Jalan Pantai Batu Rakit

HANAFIAH MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu sedang menyiasat punca runtuhan pada projek baik pulih Jalan Pantai Batu Rakit yang berlaku malam tadi, meskipun kerja pembinaan dilaporkan hampir 99 peratus siap.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri memandang serius kejadian itu dan akan mengadakan perbincangan lanjut mengenainya.

“Kita akan mengadakan mesyuarat berhubung perkara ini pada 29 September ini. Buat masa ini, JKR sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca runtuhan sebelum tindakan susulan diambil bagi memastikan keselamatan pengguna,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, Hanafiah menjelaskan kerja baik pulih jalan yang terjejas akibat hakisan di Kampung Tanjung, Batu Rakit turut dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan keselamatan penduduk serta kelancaran akses jalan raya.

Menurutnya, usaha tersebut adalah sebahagian komitmen kerajaan negeri untuk memulihkan pantai yang terhakis sekali gus melindungi rakyat, harta benda, kemudahan awam dan infrastruktur daripada ancaman hakisan yang semakin kritikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×