Buruh tidak mengaku liwat remaja lelaki

Buruh tidak mengaku liwat remaja lelaki

ANGGOTA polis membawa tertuduh untuk prosiding perbicaraan melibatkan kes liwat  seorang remaja lelaki di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan meliwat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah inap desa di Machang, dekat sini, Jun lalu.

Tertuduh, Nazelimi Che Ibrahim, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.  Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan maksud seksual telah meliwat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun empat bulan di sebuah inap desa di Labok, Machang, dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang pada Jun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Azeezi dalam rayuannya memohon jaminan memandangkan anak guamnya hanya bekerja sendiri sebagai buruh dan bergantung kepada pendapatan yang tidak menentu. Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 23 Oktober ini untuk sebutan semula kes dan tertuduh tidak membayar jaminan tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×