PETALING JAYA: Hujan lebat dan ribut yang melanda Lembah Klang menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air manakala pokok tumbang sehingga berlaku kesesakan trafik.
Menurut Pusat Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), aliran trafik mula perlahan di jalan utama Kuala Lumpur akibat cuaca hujan lebat dan menyebabkan air bertakung serta pokok tumbang di beberapa lokasi Pusat Bandar.
Antara lokasi terjejas susur Travers hala Parlimen yang menjadi punca kesesakan dari Jalan Istana.
Selain itu, lorong kiri susur naik Carcosa dari arah terowong Duta akibat dahan pokok jatuh.
Dalam pada itu, Bandar Sri Permaisuri Cheras juga dilanda banjir kilat dan menyebabkan pemilik kereta terpaksa mengalihkan kenderaan masing-masing.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 7 malam, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah, selain keseluruhan Kuala Lumpur.-UTUSAN










